Barang Runcit kini dah boleh beli dekat airasia.com app

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini kembali dengan pengalaman lebih setahun, kita sepatutnya menjadi lebih ‘expert’ dalam penjagaan kendiri dengan membuat pembelian di hujung jari dan duduk di rumah supaya dapat melindungi diri dan keluarga.

Tak salah pun nak ke kedai runcit ataupun pasaraya. Tetapi kita kena lebih peka dengan penjagaan diri. Bila balik rumah tu, cepat-cepat la mandi dan tukar baju semua, kerana virus COVID-19 tidak dapat dilihat secara mata kasar. Tambahan pula variasi virus COVID-19 boleh tersebar melalui udara, menurut laporan World Health Organization (W.H.O), Virus COVID-19 boleh tersebar melalui ruang udara yang sempit dan tempat sesak serta ramai orang.

Kini, dengan Hanya 2 orang saja wakil setiap isi rumah yang dibenarkan keluar mendapatkan barangan keperluan dalam lingkungan jarak 10km dari tempat tinggal menyukarkan lagi keadaan untuk keluar mendapatkan barangan keperluan anda.

Barang Runcit boleh dibeli melalui dalam talian

Airaisa fresh adalah sebuah platform pembelian barangan runcit yang menawarkan produk segar dan barangan keperluan harian anda. Platform ini boleh diakses menerusi airasia.com super app dekat peranti mudah alih anda. Hanya klik pada ikon ‘Fresh’ dan start membeli kemudian penghantaran terus ke depan rumah anda. Semudah 1,2,3 saja….

Menurut kata Maybel Chan, Ketua airasia fresh memberitahu perniagaan ini dimulakan. Air Asia Fresh yang Sebelum ini dikenali sebagai ‘OURSHOP’, telah melancarkan kempen ‘Save Our Shops (SOS)’ Bagi membantu peniaga tempatan semasa tempoh PKP yang pertama kali di Malaysia pada bulan Mac 2020. Kempen ini dapat membantu peniaga tempatan untuk mendaftar tanpa sebarang komisen dan Tanpa bayaran untuk memasarkan produk mereka di platform e-commerce mereka. Sepanjang kempen tersebut, mereka telah membantu hampir 2,000 peniaga-peniaga kecil yang beroperasi secara fizikal ke dalam talian.

“Menerusi kempen promosi yang lalu, produk terlaris Adalah produk sejuk beku dan segar. Jadi mereka memberi tumpuan selanjutnya kepada produk makanan sejuk beku, segar dan sedia dibungkus. airasia fresh telah dilancarkan pada bulan Oktober 2020 sempena penjenamaan semula airasia.com sebagai Asean super app. Kini, bukan sahaja terdapat pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, makanan laut Beku, daging, barangan kering, dan barangan keperluan harian, airasia fresh juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda dengan pilihan slot masa penghantaran mengikut kesesuaian anda”

Nikmati Kesegaran, kemudahan dan lebih nilai

Nuuri Food merupakan kuih tradisional sejuk beku yang kini boleh didapati di airasia fresh. Nuuri Food mempunyai 8 Jenis kuih muih tradisional seperti :

  • Lepat Pisang
  • Lepat Ubi
  • Lepat Labu
  • Koci Pandan
  • Koci Labu
  • Koci Pulut Hitam
  • Tauhu Bergedil dengan Sos Kicap Padu
  • Lemper Serunding Daging

Kesemua Kuih muih Nuuri Food adalah sedia untuk dihantar terus ke depan rumah anda. Kelebihan membeli kuih tradisional Nuuri Food di airasia fresh adalah selain perkhidmatan penghantaran pada hari berikutnya, airasia fresh juga menawarkan pilihan kepada pelanggan

untuk memilih waktu penghantaran. Jadi lebih mudah bagi mereka untuk merancang pembelian dan memastikan kuih frozen Nuuri Food segar dan terus tersedia. 

Disokong oleh ekosistem airasia.com, pelanggan juga boleh mengumpul dan membayar dengan BIG point untuk sebarang pembelian di airasia fresh, yang memberikan lebih penjimatan nilai.