
10 Jun Duduk Rumah dan Pesan saja Makanan
Seperti yang kita semua tahu, zaman sekarang susah dah nak makan kat luar atau keluar pergi beli makanan gara-gara kes COVID-19 semakin meningkat. Malaysia mencatat kes Positif COVID-19 tertinggi sebanyak 9020 pada 29 May 2021. Angka ini mengejutkan ramai Rakyat Malaysia, kerana kes ni membuatkan ramai yang takut nak keluar rumah.
Stay at Home
“Just stay at home”. Begitulah nasihat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memohon rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.
“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini dapat dibendung. “Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. “Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah.
| DISYORKAN UNTUK ANDA
- Orang ramai wajar kekal di rumah, elak kes COVID-19 teruk meningkat
- PKP, Kedai makan, gerau penjaja hanya dibenarkan perkhidmatan ‘Take Away” sahaja
- Duduk di rumah, ‘Stay at Home’
- Bimbang akan muncul kluster baru jika langgar S.O.P
- Selalu patuhi S.O.P
- Order makanan secara dalam talian digalakkan

Berikut merupakan catatan kes harian tertinggi pada 29 Mei 2021
sebanyak 9020 kes.
Anda Pesan, Kami Hantar
Ramai dalam kalangan kita semua sebanarnya ada yang tidak tahu nak masak apa dah dekat rumah tu. Jadi, dalam tempoh PKP ni pembeli masih boleh dapatkan makanan kegemaran melalui platform penghantar makanan yang ada di Malaysia. Contohnya Grab, Food Panda, Dahmakan dan banyak lagi. Platform penghantar makanan yang enak-enak atas talian ini sudah cukup popular di serata Malaysia. Dengan Hanya teknologi di hujung Jari, korang dah boleh membuat pesanan makanan.

Kempen dan saranan ‘Stay at Home’ ini sebenarnya lebih memudahkan lagi korang semua dan menggalakkan orang ramai duduk di rumah dengan Hanya memesan makanan melalui aplikasi ‘Food Deliver’ yang ada di Malaysia. Antara makanan yang “rare” korang boleh dapatkan dalam aplikasi terpilih seperti Grab Mart dan Air Asia Fresh ialah Kuih Tradisional Frozen Nuuri Food. Boleh order dan simpan banyak-banyak dalam freezer. Kalau lapar boleh keluarkan dari freezer dan Kukus jew!! Zaman dulu senang je nak dapatkan Kuih Tradisional dekat Penjual Kuih di tepi-tepi jalan. Zaman sekarang bukan main susah nak dapatkan Kuih-Muih Tradisional macam Lepat Pisang, Lepat Ubi, Koci Pandan terutama sekali di kawasan bandar. Sekarang dah mudah nak dapatkan Kuih Tradisional hanya di Grab Mart dan Air Asia Fresh. Nuuri Food juga ada sediakan Agent di beberapa Kawasan untuk hantar terus ke rumah anda. Bak kata Nuuri Food “Anda Pesan, Kami Hantar”.

Nuuri Food sangat memahami kehendak Rakyat Malaysia yang mengidam sangat nak makan Kuih Tradisional. Korang cuma perlu pesan, dan Nuuri Food hantar terus ke depan rumah korang. Korang cuma perlu Stay at Home and Eat!