06 Jun Mengintip Cerita di Sebalik Lemper
Siapa tahu Lemper tu apa? Lemper merupakan makanan istimewa orang Indonesia dan Jawa ini biasanya diperbuat daripada beras pulut dan intinya adalah ayam, daging dan ikan. Kali ini kami mahu ceritakan sedikit tentang keunikan Lemper ni.
Sejarah Lemper
Walaupun Lemper hampir dikenali dikalangan masyarakat Indonesia, tapi Lemper sekarang ni dah banyak boleh jumpa di daerah Jawa Tengah, Yogyakarta dan Jawa Timur. Kewujudan Lemper masih lagi menjadi tanda tanya sama ada bila dan siapa orang pertama yang menciptanya. Pada awalnya Lemper tidak mempunyai inti Ayam, Daging atau Ikan.
Pada waktu itu, harga daging agak mahal, jadi Lemper hanya diisi dengan inti Kelapa muda yang dimasak seperti serunding. Isian itu dimasukkan ke dalam beras pulut dan dipadatkan kemudian dibungkus dengan daun pisang.
Lemper Zaman Sekarang
Seiring dengan semakin terkenalnya Lemper ni, orang menggantikan isi Lemper dengan Daging, Ayam dan Ikan yang digiling. Ada juga Lemper yang masih dibungkus dengan Daun Pisang, tapi ada juga Lemper yang dibungkus dengan plastik. Semua ni bergantung kepada kreativiti masing-masing. Lemper sekarang juga tidak selalu dikukus, tapi ada juga yang dibakar seperti pulut panggang agar lebih harum. Namun bahan-bahan Lemper dan cara penyediannya masih tidak berubah dan kekal seperti Lemper tradisi zaman dahulu.
Lemper Serunding Daging daripada Nuuri Food yang semestinya mengekalkan tradisi zaman dahulu dengan sentuhan cara pembuatan moden memang sesuai dimakan pada zaman 2021 ni. Lemper Serunding Daging ni ada 10 Biji dalam setiap pek dengan hanya RM10.90/pek.
Filosofi Lemper
Bagi masyarakat Jawa khususnya, Lemper dianggap sebagai simbolik persaudaraan. Sifat beras pulut yang melekit mencerminkan persaudaraan antara manusia yang saling menyatu. Sifatnya yang melekit juga dianggap sebagai simbolik mendatangkan rezeki kepada orang yang memakannya.
So Korang dah cuba ke Lemper Serunding Daging daripada Nuuri Food???